Model terbaru Naza N5R akan dilancarkan selepas aidilfitri

0
473

Teaser Naza N5R (001)

Berita baik untuk peminat motosikal Naza N5, namun inginkan versi ‘full fairing’ untuk model berkenaan. Naza Bikes Sales & Distribution Sdn. Bhd. baru-baru ini melalui laman Facebook rasmi mereka telah memaparkan dua keping gambar ‘teaser’ untuk model Naza N5R yang dikatakan bakal dilancarkan selepas hari raya aidifitri yang akan datang.

Jika anda tertanya-tanya dari manakah asalnya model Naza N5R ini, ianya merupakan model Hyosung GD250R buatan Korea Selatan yang dikeluarkan oleh syarikat KR Motors. Pihak Naza telah lama menjalinkan kerjasama dengan syarikat tersebut dengan memasarkan beberapa buah model syarikat berkenaan di pasaran tempatan.

Harga yang akan ditawarkan untuk model terbaru Naza N5R ini masih belum diumumkan, namun dijangkakan ianya akan kekal berada pada paras berpatutan sama seperti model Naza N5. Sementara menantikan pelancaran rasminya, anda boleh saksikan dahulu gambar-gambar model Hyosung GD250R termasuk spesifikasinya dalam paparan di bawah.

Spesifikasi Hyosung GD250R :

  • Engine type : Liquid cooled DOHC 4-valve Single cylinder
  • Displacement : 249cc
  • Bore x Stroke : 73 x 59.6
  • Compression Ratio : 12 : 1
  • Max Power : 20.59 kW (28 ps) @ 9500 RPM
  • Max Torque : 24.17 Nm (2.46 kgf.m) @ 7000 RPM
  • Fuel System : Fuel injection
  • Clutch : Wet, Multiplate
  • Gear : Constant mesh, Close ratio 6-speed (1 down 5 up)
  • Final Drive : Chain
  • Frame Type : Steel tubular trellis perimeter main frame & Steel tubular assembly sub frame
  • Brake (front) : 300Ø Petal shaped spoke mounted single disc, 4 opposed pistons caliper, Stainless mesh hose
  • Brake (rear) : 230Ø Petal shaped single disc, 2 opposed pistons caliper, Stainless mesh hose
  • Suspension (front) : 37Ø Upside down Telescopic
  • Suspension (rear) : Dual side Aluminum Swing arm with Gas charged Hydraulic shock absorber (Nonstep Preload adjustable)
  • Tyre (front) : 110/70 R17 54S
  • Tyre (rear) : 150/60 R17 66S
  • Fuel Tank Capacity : 11L
  • Mass (running order) : 155kg  (Dry weight : 138kg)

Sumber: MotoMalaya.net & Naza Bikes FB