Yamaha Spark 135 versi konsep di pasaran Thailand (2005)

0
295

Yamaha Spark 135 2005 (Thailand) 001

Yamaha 135LC di pasaran Malaysia dikenali dengan nama Yamaha Spark 135 untuk pasaran Thailand, dan ianya diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran ASEAN bermula pada tahun 2005. Menurut Wikipedia, Yamaha 135LC untuk pasaran Malaysia mula ditawarkan mulai bulan Februari 2006, selepas pasaran Thailand dan Indonesia. 

Beberapa keping gambar Yamaha Spark 135 yang anda boleh saksikan di sini adalah model keluaran tahun 2005 untuk pasaran Thailand, berkemungkinan besar ianya adalah model konsep yang telah menerima modifikasi ekstrem dan luar biasa. Tiada maklumat lanjut mengenai model ini, sama ada dari segi spesifikasi, kuasa enjin dan jualannya.