Honda CBR400R 2016 terima kemaskini terbaru lebih segar

0
101

2016 Honda CBR400R (001)

Untuk pasaran Jepun, Honda CBR400R model tahun 2016 telah diperkenalkan dengan rasminya pada bulan Februari 2016 yang lepas. Model terbabit tampil dengan gaya rekaan terkini yang lebih segar terutamanya di bahagian depan, sama seperti rekaan untuk model Honda CBR500R 2016 yang diperkenalkan pada penghujung tahun lepas.

Honda CBR400R 2016 dikuasakan enjin bersesaran 399cc (water-cooled 4-stroke DOHC 4 valve series two-cylinder) yang menghasilkan kuasa maksimum 46PS @ 9,500rpm dengan tork puncak 37Nm @ 7,500rpm, seterusnya dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan. Tiga pilihan warna tersedia untuk CBR400R 2016 iaitu Tricolor, Merah dan Hitam.

Difahamkan model ini hanya untuk pasaran domestik Jepun dan tidak ditawarkan untuk pasaran di negara-negara lain. Untuk pasaran luar, Honda menawarkan model CBR500R, yang mana Malaysia merupakan antara negara yang menerima kemasukan model tersebut bersama-sama model kembarnya Honda CB500F dan Honda CB500X.