Brosur Modenas Dinamik tahun 2003, 2012 dan 2015

0
1302

Brochure Modenas Dinamik Generasi Pertama (001)

Berdasarkan rekod, Modenas Dinamik dilancarkan dalam bulan Ogos 2003, namun jualannya ditamatkan beberapa tahun kemudian disebabkan kurangnya sambutan. Model tersebut bagaimanapun begitu popular di pasaran Greece, sehinggalah jualannya terpaksa dihentikan pada tahun 2008 kerana tidak lagi mematuhi piawaian terbaru Euro 3. 

Sekitar tahun 2012 yang lalu, Modenas Dinamik telah membuat kemunculan semula di pasaran tempatan dan ianya masih dijual sehingga kini. Mungkin kerana model tersebut kini tampil dengan beberapa pilihan warna dan rekaan grafik terbaru yang lebih menarik, di samping pilihan untuk model moped dua lejang semakin terhad, pasaran untuk Dinamik ketika ini boleh dikatakan laris dan telah terjual dengan banyak.

Untuk mengimbau kembali kenangan Modenas Dinamik generasi pertama yang ditawarkan dalam warna merah ketika itu, anda boleh saksikan brosur model berkenaan dalam galeri di bawah, termasuk brosur untuk model bagi tahun 2012 dan 2015. Modenas Dinamik dijual pada harga asas RM6,600.00, termasuk boleh didapati dalam pilihan warna biru.