Honda RS150R edisi istimewa dengan aksesori RCB

0
1342

2016 Honda RS150R Racing Boy (001)

Sewaktu majlis pelancaran Honda RS150R yang berlangsung pada 13 Jun 2016, Honda turut mempamerkan sebuah model RS150R edisi istimewa hasil daripada kolaborasi dengan syarikat aksesori motosikal terkenal tempatan Racing Boy (RCB). Berwarna hijau terang kekuningan yang bersinar di dalam gelap, Honda RS150R Special Edition RCB merupakan salah satu contoh pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap model tersebut.

Selain itu, melihat kepada kemunculan RS150R Special Edition RCB dan RS150R Repsol Edition, timbul pertanyaan sama ada model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia ini lebih bercirikan perlumbaan berbanding model Winner 150 di pasaran Vietnam dan Supra GTR 150 di pasaran Indonesia. Adakah ini juga bermakna Honda RS150R mempunyai kelajuan maksimum yang lebih tinggi berbanding Winner 150 dan Supra GTR 150?

Sumber: Krai Motor FB