Honda RS150R secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8,372.94

0
2376

2016 Honda RS150R Malaysia (004)

Salah sebuah motosikal moped yang dinanti-nantikan tahun ini, Honda RS150R, secara rasminya dilancarkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. kelmarin. Motosikal tersebut merupakan model moped pertama keluaran Honda dengan enjin 150cc, selepas Suzuki yang sebelum ini tampil dengan model Belang dan Yamaha dengan model Y15ZR.

Honda RS150R terlebih dahulu dilancarkan di pasaran Vietnam dan Indonesia, masing-masing dengan nama Honda Winner 150 dan Honda Supra GTR 150. Mempunyai reka bentuk yang bergaya dan sporty dengan teknologi enjin 150cc yang berkuasa, Honda RS150R dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

Sempena dengan pelancaran Honda RS150R, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. telah menyiarkan siaran akhbar rasmi dan paparan spesifikasi teknikal serba lengkap untuk model berkenaan, di samping gambar-gambar menarik model tersebut sewaktu pelancaran. Untuk anda, teruskan membaca siaran akhbar tersebut untuk maklumat selanjutnya.

Boon Siew Honda Mengembangkan Sayapnya ke Pasaran Baru dengan Pelancaran Motosikal Cub Sporty Mewah Pertamanya RS150R

  • Harga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST) – Boon Siew Honda mensasarkan untuk menjual 24,000 unit dalam tempoh 12 bulan akan datang
  • Model sporty pertama di dalam kategori harga Cub mewah dari Boon Siew Honda
  • Boon Siew Honda memasuki demografi baru dengan pelancaran RS150R

Kuala Lumpur, 13 Jun 2016 – Dengan pelancaran motosikal RS150R yang begitu bergaya hari ini, Boon Siew Honda telah mengembangkan sayapnya ke pasaran baru untuk memikat hati golongan muda di kota buat kali pertamanya. Kemunculan motosikal RS150R memang telah lama ditunggu-tunggu dan ianya adalah model sporty yang pertama di dalam kategori Cub mewah yang menawarkan kapasiti enjin 150cc. Jadi tidak hairanlah mengapa Boon Siew Honda begitu berbangga mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara ketiga yang melancarkan model ini di seluruh ASEAN Oceania, selepas Indonesia dan Vietnam.

Berucap untuk kali pertama selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda, Encik Nobuhide Nagata berkata bahawa RS150R telah diperkenalkan di dalam kategori harga yang lebih tinggi untuk meluaskan peluang pasarannya. “Dengan memperkenalkan model baru ini, kita akan dapat membuat perubahan positif dari segi saiz pasaran kami berbanding tahun lepas.” Boon Siew Honda mensasarkan untuk menjual 24,000 unit RS150R dalam tempoh 12 bulan akan datang dan ini merupakan langkah pertama syarikat ini untuk menjadi jenama No.1 di dalam industri permotoran.

Menurut Encik Shinji Aoyama, Pegawai Operasi Honda Motor dan Pengarah serta Ketua Pegawai Operasi Bahagian Motosikal, tahun ini melihatkan Honda bermatlamat untuk mencapai jualan sebanyak 20 juta unit dan juga untuk mengembangkan penguasaan pasaran dunianya dari 33% kepada 35%. Pada 2015, Honda telah menjual 17 juta motosikal di seluruh dunia, iaitu kira-kira 3 kali ganda lebih banyak daripada pesaingnya yang berada di kedudukan No.2. Dengan tercapainya statistik ini, Boon Siew Honda begitu yakin untuk terus melonjak kehadapan bagi mencapai matlamatnya.

Honda akan terus mengumpul pengetahuan dari aktiviti perlumbaannya untuk menaik taraf spesifikasi motosikal keluarannya dan pengalaman yang diperoleh akan dipindahkan terus ke model-model motosikal yang berada di pasaran. Encik Yoshishige Nomura, Pegawai Urusan Honda R & D dan Pengarah serta Ketua Pegawai Operasi Motosikal Pusat R & D Honda Racing Corporation berkata, “Tahun lepas, RC213VS telah dijual di pasaran dan ini adalah satu contoh bagaimana Honda melaksanakan pengalaman kami dalam MotoGP terus kepada produk yang dijual kepada orang ramai.”

Dalam usaha untuk terus mendekati demografi yang lebih besar, Boon Siew Honda kini dalam perancangan untuk memulakan strategi “Big Wing” di Malaysia mulai tahun depan. “Bagi mengukuhkan rangkaian jualan, kami juga ingin memberikan pelanggan-pelanggan setia kami gaya hidup bermotosikal lebih mewah yang mereka idamkan. Kami kini No. 1 di Thailand selama 2 tahun berturut-turut selepas melaksanakan strategi pemasaran ini selama 3 tahun,” kata Encik Noriaki Abe, Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania) Honda Motor`.

Pelancaran RS150R juga turut menjelaskan banyak perkara mengenai apa yang Boon Siew Honda ingin lakukan di masa hadapan untuk mengembangkan industri pembuatan motosikal di Malaysia. Pelancaran RS150R ini telah menunjukkan kegigihan Boon Siew Honda untuk menakluki setiap lingkungan harga motosikal selepas melancarkan Wave Alpha (Cub harga rendah) dan Wave Dash (Cub harga pertengahan) tak lama dulu. Ini merupakan permulaan baru bagi Boon Siew Honda dan ianya akan terus membawa Honda untuk menjadi jenama No.1 di dalam industri permotoran.

Turut hadir pada pelancaran ini adalah Dato’ Sri Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda. Juga hadir ialah Khairul Idham Pawi – Pelumba Moto3 tajaan Honda yang telah menjadi pelumba paling muda, serta yang pertama dari Asia, untuk naik ke atas podium hanya beberapa bulan yang lalu.

Reka Bentuk

Fungsi serta reka bentuk bergaya motosikal ini sememangnya amat dinantikan. Konsep reka bentuk keseluruhan RS150R didalangi 3 perkara utama:

1 ) Bentuk badan agresif

2 ) Bentuk muka dan lampu yang tajam

3 ) Rangka badan yang berlapis

Semua ini telah dilaksanakan supaya RS150R kelihatan lebih ganas, terutamanya bila digandingkan dengan lampu LED, rangka dalaman dan kowl yang unik. Honda percaya model ini akan menunjukkan dengan jelas bahawa nilai reka bentuk dan fungsi boleh digandingan dengan amat berkesan.

Semua aspek kejuruteraan Honda RS150R memang sesuai sekali bagi demografik pengguna yang lebih muda dan Honda akan meneruskan usaha ini didalam semua projek-projek akan datang.

Enjin

RS150R dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm. Jentera terbaru Honda ini sememangnya unik dan menawarkan rentak baru untuk jenama motosikal ini.

Teknikal – aksesori, varian, warna dan harga serta tarikh di bilik pameran

RS150R mempunyai berat 123kg. Ia juga membawa tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Ianya ditawarkan dalam dua varian dan empat warna – Logam Merah, Repsol dan advanced dalam biru matte atau hitam matte – warna-warna yang tentunya akan memikat hati pemuda tempatan.

*Model RS150R akan mula dijual di semua pengedar sah pada permulaan bulan Ogos 2016.

SPESIFIKASI HONDA RS150R / HONDA RS150R SPECIFICATION *Specification may change at time of release of the RS150R in all authorised dealerships in August 2016

Enjin / Engine

  • Enjin / Engine: Penyejuk Cecair, Enjin DOHC 4 Kitaran / Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC
  • Gerek & Lejang / Bore & Store: 57.3 x 57.8mm
  • Sesaran Enjin / Displacement: 149.16CC
  • Nisbah Mampatan / Compression Ratio: 11,3:1
  • Muatan Minyak Pelincir / Lubricating Oil Capacity: 1.3 liter, 1.0 liter
  • Sistem Bahan Api / Fuel System: PGM-FI (Suntikan Bahan Api Terancang) / (Progammed Fuel Injection)
  • Muatan Tangki Petrol / Fuel Tank Capacity: 4.5 liter

Tranmisi Kuasa / Transmission

  • Klac / Clutch: Basah, Lingkaran Spring Plat Pelbagai / Wet Clutch, Multiplate
  • Transmisi / Transmission: Manual 6 Kelajuan Jaringan Malar / Manual 6 Speed Constant Mesh
  • Dimensi / Dimension: Panjang x Lebar x Tinggi/ Length x Width x Height
    2,025mm x 725mm x 1,105mm
  • Jarak Roda / Wheelbase: 1,276mm
  • Berat (Dengan Minyak & Tangki Penuh) / Kerb Weight (kg): 123kg

Casis / Chasis

  • Bentuk Kerangka / Frame Type: Rangka Tiub Berkembar / Twin Tube