Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP Edition 2016 diperkenalkan untuk pasaran Jepun, edisi terhad 400 unit

0
573

2016 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP Edition (001)

Yamaha baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP Edition model tahun 2016 untuk pasaran Jepun. Dikeluarkan dalam jumlah terhad 400 unit dan berada di pasaran mulai 20 Julai 2016, model edisi istimewa itu diperkenalkan sempena meraikan kemenangan tiga kejuaraan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP 2015.

Berbanding Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP Edition 2015 yang diperkenalkan tahun lepas, edisi tahun 2016 ini mempunyai beberapa perbezaan kecil, antaranya yang jelas dilihat ialah kehadiran jenama penaja pasukan iaitu ENEOS di bahagian bawah motosikal dan logo Movistar yang kini diletakkan di tengah-tengah antara dua lampu depannya.

Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP Edition 2016 untuk pasaran Jepun dikeluarkan dari kilang Yamaha yang terletak di Indonesia (PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing). Harga jualannya yang disyorkan oleh Yamaha ialah sebanyak 567,000 Yen, bersamaan RM21,639.05 berdasarkan nilai kadar tukaran mata wang semasa.