Yamaha FZ150i Movistar Limited Edition 2016 kini di pasaran

0
1118

Yamaha FZ150i Movistar Limited Edition 2016 (001)

Berdasarkan maklumat di dalam laman jual beli popular Mudah.my, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kini telah menawarkan Yamaha FZ150i versi Movistar yang didatangkan dalam jumlah terhad (limited edition), untuk pasaran tempatan. Sebelum ini model tersebut ditawarkan dalam pilihan tiga warna iaitu biru, merah dan putih.

Bagaimanapun, setakat ini laman sesawang rasmi HLYM masih belum mengemaskini maklumat rasmi mengenai model edisi istimewa tersebut, jadi tidak dapat dipastikan sama ada model tersebut benar-benar diperkenalkan oleh HLYM atau ianya hanya sekadar pengubahsuaian kosmetik yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Berdasarkan maklumat di dalam Mudah.my lagi, Yamaha FZ150i Movistar Limited Edition 2016 dijual pada harga tunai sebanyak RM11,800.00, namun harga sebenar mungkin berbeza mengikut lokasi. Jika diperhatikan, terdapat sedikit perbezaan grafik dan warna di antara model tersebut dengan model FZ150i Movistar 2015 di pasaran Vietnam.