‘Teaser’ Honda RS150R dari Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

0
220

2016 Honda RS150R Coming Soon

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model moped terbaharunya di pasaran Malaysia, dikenali dengan nama Honda RS150R. Setakat ini nama tersebut telah disahkan melalui paparan imej yang boleh anda lihat di dalam artikel terdahulu, selain Boon Siew Honda sendiri telah mengesahkannya melalui ‘teaser’ rasmi.

Berdasarkan paparan di dalam laman Facebook rasmi Boon Siew Honda, ‘teaser’ rasmi tersebut menunjukkan bayangan nama RS150R, diikuti paparan tarikh rasmi pelancaran model tersebut yang akan diadakan pada 13.6.2016 (Isnin). Ini bermakna lagi 3 hari sahaja kita perlu menunggu untuk melihat kemunculan Honda RS150R di pasaran tempatan.

Honda RS150R untuk pasaran Malaysia dipercayai merupakan model yang sama untuk pasaran Vietnam iaitu Honda Winner 150, dan ianya bukanlah model Honda RS150 yang dilancarkan di pasaran Filipina pada akhir tahun lepas. Bagaimanapun kita perlu menunggu sehingga hari pelancaran untuk mengetahui model manakah yang akan dilancarkan.