Honda RS150R akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia

0
170

Honda All-New RS150R

Honda Winner 150 yang dijual di pasaran Vietnam, atau Honda Supra GTR 150 di pasaran Indonesia, kedua-duanya merupakan motosikal yang sama, namun mempunyai nama yang berbeza. Bagaimana pula dengan nama model tersebut untuk pasaran Malaysia?

Tidak banyak maklumat yang diperolehi setakat ini, namun pendedahan terbaru dari laman Facebook Krai Motor telah mengesahkan bahawa model untuk pasaran Malaysia itu akan dinamakan sebagai Honda RS150R. Anda boleh saksikannya sendiri melalui paparan imej di atas yang jelas menunjukkan perkataan All-New RS150R, bersama-sama gambar pelumba muda negara Khairul Idham Pawi yang merupakan duta Boon Siew Honda ketika ini.

Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai nama Honda Wave Victory 150 ternyata meleset, dan nama Honda RS150R terbaharu ini pasti akan diterima dengan baik oleh peminat motosikal tempatan di negara kita. Berdasarkan imej tersebut, kita juga dapat melihat perkataan ‘Energetic’ dan ‘Powerful’ yang merujuk kepada model RS150R.

Menurut Krai Motor lagi, tarikh pelancaran sebenar Honda RS150R terbaharu ini ialah pada 13hb. Jun 2016 (Isnin), bermakna ianya akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari lagi. Menurut ‘sumber’ yang enggan mendedahkan namanya, sama ada ianya adalah versi Sonic 150R atau Winner 150 untuk pasaran Malaysia, ianya masih kekal misteri.