Zongshen RC3 motosikal buatan China paling sporty

0
1014

Zongshen RC3 (014)

Zongshen merupakan salah sebuah syarikat pengeluar motosikal dari negara China, dengan pasarannya merangkumi negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk pasaran Malaysia, antara model-model popular keluaran Zongshen termasuklah model berkonsepkan kembara KTN RS3 SE, KTN Z ONE S 200 dan KTN Z ONE S 200 R.

Antara model paling terkini keluaran Zongshen dan mendapat pujian dari ramai peminat ialah Zongshen RC3, tampil dengan reka bentuk yang cukup menawan dan kelihatan begitu sporty bagaikan motosikal buatan Jepun. Model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 250cc dengan sistem transmisi 6-kelajuan, sistem suntikan bahan api, suspensi depan USD, paparan meter digital, sistem ekzos ‘stainless steel muffler’ dan tangki minyak maksimum 20 liter.

Mungkin jika model ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia, ianya akan mencatatkan jualan yang baik memandangkan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan olehnya kelihatan moden dan impresif. Untuk pasaran USA, Zongshen RC3 model tahun 2016 dijual oleh CSC Motorcycles pada harga jualan $3,495.00, bersamaan sekitar RM14,361.13.