Yamaha TZR50 model tahun 2002 di pasaran Eropah

0
781

2002 Yamaha TZR50 (001)

Peminat motosikal otai yang berumur dalam lingkungan 35 ke 50 tahun atau mungkin lebih, tentu masih mengingati kehebatan motosikal bergaya supersport Yamaha TZM 150cc yang pernah menjadi raja jalanan suatu ketika dahulu. Model tersebut sangat popular sehingga mengalahkan dua pencabar terkuatnya iaitu Kawasaki KIPS dan Honda NSR.

Kembali ke tahun 2002 di pasaran Eropah, sebuah motosikal dengan reka bentuk yang hampir sama dengan rekaan Yamaha TZM telah diperkenalkan, namun dengan enjin dua lejang yang lebih kecil hanya 50cc. Bagaimanapun reka bentuknya boleh dikatakan cukup bergaya dan sporty, mengalahkan generasi terkini Yamaha TZR50 model tahun 2016.

Berdasarkan maklumat daripada Yamaha Motor Europe, Yamaha TZR50 untuk pasaran Eropah mula diperkenalkan pada tahun 2002, sebelum rekaannya berubah bermula dari model tahun 2005. Sehingga kini, rekaan klasik Yamaha TZR50 model tahun 2002 ini boleh dikatakan kekal evergreen dan mengimbau kembali kenangan bersama Yamaha TZM.