Megelli 250RR di pasaran Malaysia, harga RM16,500.00

0
4395

Daiichi Megelli 250RR (001)

Jenama Megelli Motorcycles dari UK mungkin kedengaran agak asing untuk peminat dunia permotoran tempatan. Hakikatnya, jenama tersebut mula dibawa masuk ke pasaran Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu dan mempunyai barisan beberapa buah model motosikal yang diedarkan secara rasmi oleh syarikat tempatan Daiichi Motors Sdn. Bhd. (DIM).

Salah sebuah model keluaran Megelli yang boleh dikatakan cukup menarik dan sporty yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini ialah Megelli 250RR. Menurut maklumat di dalam laman jual beli Mudah.my, Megelli 250RR model tahun 2016 (Upgraded Version) dijual pada harga tunai sebanyak RM16,500.00, dalam pilihan warna putih, merah dan hitam.

Untuk anda mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai model sporty Megelli 250RR 2016 yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia ini, di bawah berikut ialah maklumat mengenai spesifikasi teknikalnya, termasuk beberapa keping gambar studio model berkenaan untuk anda mendapatkan gambaran sebenar mengenai reka bentuknya, saksikan.

Spesifikasi Megelli 250RR:

Engine
Type 4-strokes, Liquid Cooled
Cylinder Single
Displacement 249.6 cc
Compression Ratio 11.5 : 1
Valve Train 4V OHC
Max Power 26 hp / 8500 rpm
Max Torque 22.8 Nm / 7000 rpm
Lubrication System Forced and Wet Sump
Fuel Grade Unleaded
Transmission
Clutch Type Wet Types, Multi-Plates
Transmission 6 Speeds Gear Change
Gear
Gear Shift Pattern 1-N-2-3-4-5-6
Additional Information
Ignition System C.D.I
Starter System Electric Start
Carburetor TK MV34
Main Frame 13A Multi Twin Spar Trellis Configuration
Rear Swing Arm T6 Aluminium Trellis With Forged Dropout
Out Riggers T6 Aluminium Trellis Forged Twin Plate Bearing Carrier
Front Suspension Conventional
Rear Suspension Fast Ace
Final Drive Cushioned
Net Weight 123 Kg
Speedometer KOSO
Dimension
Seat Height 800 mm
Wheel Base 1350 mm
Wheel
Front Rim Aluminium 2.75 x 17
Rear Rim Aluminium 3.50 x 17
Front Tire Tubeless 100/70-17
Rear Tire Tubeless 130/70-17