Honda Winner 150 mungkin akan dinamakan sebagai Honda Wave Victory 150 untuk pasaran Malaysia

0
447

2016 Honda Winner 150 Vietnam

Gosip atau khabar angin mengenai pelancaran model terbaharu Honda Winner 150 untuk pasaran Malaysia kian bertiup kencang menjelang masuknya minggu pertama bulan Jun 2016. Antara khabar angin terkini ialah model tersebut akan diberi nama yang berlainan untuk pasaran Malaysia, berbanding nama Honda Winner 150 untuk pasaran Vietnam dan Honda Supra GTR 150 untuk pasaran Indonesia.

Untuk pasaran Malaysia, ianya disebut-sebut akan diberi nama Honda Wave Victory 150, namun tidak dapat dipastikan setakat mana sahihnya informasi tersebut. Nama tersebut bagaimanapun kelihatan sesuai sebagai suatu kesinambungan untuk model Honda Wave yang sememangnya sudah terkenal di negara kita. Model tersebut juga dikatakan akan dilancarkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dalam tempoh beberapa hari lagi.

Bagaimanapun memandangkan ianya hanyalah gosip-gosip yang tersebar di dalam laman-laman sosial dan blog-blog permotoran tanah air dan juga dari negara jiran di seberang, maka kita tidak perlu mempercayainya seratus-peratus selagi pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Dikhabarkan juga, para pelanggan kini sudah boleh menempah model tersebut dikedai-kedai motosikal di seluruh negara.