Model terbaharu CMC SK200 kini di pasaran Malaysia

0
3009

CMC SK200 (001)

Jenama motosikal CMC mungkin kedengaran agak asing untuk peminat motosikal di negara kita, namun terdapat beberapa model menarik yang ditawarkan oleh jenama itu ketika ini. Antaranya ialah CMC TEKKEN 250 All Terrain Challenger dan CMC XY400. Paling terkini ialah sebuah model terbaharu dalam segmen ‘naked’ yang diberi nama CMC SK200.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai model CMC SK200 ini, namun dipercayai ianya dilengkapi enjin empat lejang dengan kapasiti enjin 200cc. Menurut sumber, harga yang ditawarkan untuk model berkenaan ialah sebanyak RM8,988 sahaja termasuk kos GST. Boleh tahan reka bentuknya dengan warna biru dan merah yang kelihatan menyerlah.

Sumber : Berjaya Mega Motors FB