Model terbaharu Benelli dengan enjin 750cc didedahkan

0
136

Benelli 750cc 2017 (001)

Benelli merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal dari Itali yang kini dimiliki oleh pemilik baru dari negara China. Setakat ini difahamkan Benelli sedang giat membangunkan beberapa buah model terbaharu untuk tahun 2017, dan antara yang paling menarik perhatian ketika ini ialah pembangunan sebuah model terbaharu dengan enjin 750cc.

Baru-baru ini dua keping gambar model tersebut telah terdedah secara online, memperlihatkan reka bentuknya yang boleh dikatakan cukup menarik dan sporty, dan telah mendapat pujian daripada ramai peminat jenama tersebut. Model yang mungkin akan diberi nama Benelli TNT 750 itu dikatakan mampu menjana kuasa sehingga 100PS, berpunca daripada enjin 750cc (parallel-twin water-cooled engine) yang mempunyai prestasi impresif.

Benelli 750cc 2017 (002)

Menurut sumber, dua keping gambar yang terdedah secara online itu mungkin menunjukkan gambar model yang masih lagi pada peringkat prototaip, namun hasil akhir nanti untuk versi pengeluaran dijangka tidak akan banyak berubah. Benelli TNT 750 model 2017 terbaharu ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2016 pada hujung tahun ini.

Sumber: Zigwheels.com