Dua model konsep Suzuki yang melangkaui zaman – Suzuki Nuda (1986) & Suzuki G-Strider (2003)

0
200

Suzuki Nuda Concept 1986

Suzuki Nuda Concept (1986)

Mengenang kembali kehebatan model-model konsep yang dipertontonkan kepada umum di setiap acara permotoran terbesar dunia, misalnya Tokyo Motor Show, antara jenama yang tampil dengan  pelbagai model konsep yang melangkaui zaman ialah Suzuki. 

Pengeluar motosikal tersebut pernah mempersembahkan dua buah model konsep yang boleh dikatakan cukup luar biasa; Suzuki Nuda dan Suzuki G-Strider. Model konsep Suzuki Nuda muncul di Tokyo Motor Show 1986, manakala model konsep Suzuki G-Strider diperkenalkan kepada orang ramai di Tokyo Motor Show 2003.

Rekaan kedua-dua model konsep tersebut sehingga kini masih lagi kelihatan moden dan futuristik, sedangkan kedua-duanya masing-masing telah berusia 30 tahun dan 13 tahun. Model konsep Suzuki Nuda dan Suzuki G-Strider tidak pernah dikeluarkan sebagai model produksi, namun G-Strider mungkin menjadi inspirasi kepada model Honda NM4.

Menurut Suzuki, model konsep Suzuki Nuda dikuasakan enjin ‘DOHC in-line four’ daripada model Suzuki GSX-R750 yang menggerakkan kedua-dua roda, dan ianya bukan sekadar konsep, malah mampu beroperasi sepenuhnya. Sementara itu model konsep G-Strider tampil dengan enjin 916cc ‘parallel twin’ dengan transmisi SECVT.

Galeri Suzuki G-Strider Concept (2003)