Yamaha Tricity 155 dengan enjin “Blue Core” diperkenalkan, jualan di pasaran Eropah bermula dari September 2016

0
3028

Yamaha TRICITY 155 (017)

Pada 23 Mei 2016 yang lepas, Yamaha telah mengumumkan kehadiran model terbaharu Yamaha Tricity 155 yang dilengkapi enjin “Blue Core” dengan sistem penyejuk cecair (155cc liquid-cooled “Blue Core” engine). Menurut Yamaha, Tricity 155 merupakan model kedua LMW (Leaning Multi Wheel) untuk mempromosikan salah satu strategi pengembangan syarikat yang dikenali sebagai “The Growing World of Personal Mobility”. 

Yamaha Tricity 155 dijadualkan pelancarannya di pasaran Eropah mulai bulan September 2016, dan seterusnya akan dilancarkan sebagai model global untuk pasaran Jepun, sekitar Asia dan juga untuk pasaran negara-negara lain. Pada bulan April 2014, Yamaha melancarkan model 125cc Tricity 125 sebagai model komersial pertama syarikat tersebut yang dilengkapi konfigurasi tiga roda unik dengan dua roda di bahagian depannya.

Yamaha Tricity 155 akan dikeluarkan oleh kilang Yamaha yang terletak di Thailand (Thai Yamaha Motor Co., Ltd.), dan akan dijual pada harga sekitar 4,499 euros dengan sasaran jualan sebanyak 8,500 unit (first full year from release/ worldwide). Untuk pasaran Malaysia, masih belum dapat dipastikan sama ada Yamaha Tricity 155 ini akan dilancarkan, memandangkan model terdahulu Yamaha Tricity 125 masih belum dibawa masuk.

Berikut ialah spesifikasi Yamaha Tricity 155 (sumber dari Yamaha Motor Europe), bersama-sama galeri gambar-gambar menarik model berkenaan dalam versi studio, saksikan.

 Engine

Engine type Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valves
Displacement 155cc
Bore x stroke 58.0 mm x 58.7 mm
Compression ratio 10.5 : 1
Maximum power 11.1 kW @ 8,000 rpm
Maximum Torque 14.4 Nm @ 6,000 rpm
Lubrication system Wet sump
Fuel system Fuel Injection
Ignition system TCI
Starter system Electric
Transmission system V-Belt Automatic

 Chassis

Front suspension system Telescopic fork
Front travel 90 mm
Rear suspension system Unit Swing
Rear Travel 90 mm
Front brake Hydraulic single disc, Ø 220 mm
Rear brake Hydraulic single disc, Ø 230 mm
Front tyre 90/80-14
Rear tyre 130/70-13

 Dimensions

Overall length 1,980 mm
Overall width 750 mm
Overall height 1,210 mm
Seat height 780 mm
Wheelbase 1,350 mm
Minimum ground clearance 125 mm
Wet Weight 165 kgABS
Fuel tank capacity 7.2 litres