Energica Eva dikuasakan tenaga eletrik 100 peratus

0
110

Energica Eva (001)

Energica Motor Company S.p.A merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal dari Itali, namun mereka bukanlah sebuah syarikat pengeluar motosikal tipikal seperti mana yang dijangkakan oleh ramai pihak. Antara barisan motosikal keluaran syarikat berkenaan termasuklah Energica Ego 45, Energica Ego dan paling terkini model streetfighter Energica Eva. Ketiga-tiga model berkenaan dikuasakan oleh tenaga eletrik 100 peratus.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai model streetfighter eletrik Energica Eva, berikut ialah penjelasan mengenai sistem penjana kuasanya:

  • Energica Eva has a permanent magnet AC (PMAC) oil cooled motor that produces 70kW (95 hp c.ca) of instantaneous power and a torque of 170Nm. The electric streetfighter has a range up to 200km (ECO mode) and can reach a top speed of 200km/h in Sport mode. Eva’s battery, inverter, charger and ABS are constantly monitored and managed by a sophisticated Vehicle Control Unit, like Energica Ego.

Memandangkan ianya adalah sebuah motosikal eletrik, Energica Eva tidak mempunyai kotak gear atau klac, sebaliknya kawalan pecutan dan nyahpecutan dilakukan menggunakan sistem ‘ride-by-wire’. Sistem pengecasnya pula dikatakan serasi dengan stesen pengecasan komersial termasuk boleh dicas di rumah. Energica Eva merupakan satu-satunya model streetfighter eletrik di dunia yang dibekalkan sistem pengecasan pantas bersepadu.

  • Motor Type: Permanent Magnet AC (PMAC), Oil Cooled
  • Max Speed: Limited at 200 km/h
  • Torque: 170Nm
  • Power: 70kW (ca 95 hp)
  • Range: Up to 200 km (ECO Mode)

Untuk para peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia yang inginkan kelainan, mungkin boleh mengimport masuk unit Energica Eva yang mesra alam sekitar ini.