Benelli Tornado 302R muncul dengan gaya sporty ‘full fairing’

0
271

Benelli 302R (003)

Benelli Itali telah memperkenalkan model ‘full fairing’ terbaharu Tornado 302R, yang mana model ini mungkin versi yang dinaik taraf daripada model Tornado 302 yang membuat kemunculan pertama di EICMA 2015. Bagaimanapun penampilan keseluruhan Tornado 302 dan 302R kelihatan tidak jauh berbeza, kecuali dari segi gabungan warna dan grafik.

Benelli Tornado 302R dikuasakan enjin bersesaran 300cc (in-line two cylinder, 4-stroke, 4-valve, DOHC) dengan kuasa maksimum 35.4hp @ 12,000rpm dan tork maksimum 27Nm @ 9,000rpm, yang kemudiannya digandingkan bersama-sama sistem transmisi 6-kelajuan. Ciri-ciri seterusnya yang melengkapi Tornado 302R yang sporty ini termasuklah sistem suspensi depan terbalik, suspensi belakang tunggal dengan lengan ayun, sistem brek cakera depan dan belakang, rim roda aloi aluminium dan tangki bahan api maksimum 14 liter.

Melihat kepada model-model keluaran Benelli yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia ketika ini, Benelli Tornado 302 atau 302R dijangka akan turut dibawa masuk tidak lama lagi. Jika anda suka apa yang anda lihat dan mahu memiliki sebuah motosikal Benelli dengan kelengkapan ‘full fairing’ sepenuhnya, maka inilah salah satu pilihan paling sesuai.