AHM melancarkan Honda Supra GTR 150 serba baharu

0
274

All-New Honda Supra GTR 150 (002)

Laman sesawang rasmi PT Astra Honda Motor (AHM) kini telah menyiarkan siaran akhbar rasmi mengenai pelancaran Honda Supra GTR 150 serba baharu untuk pasaran Indonesia, serta telah mengemaskini maklumat-maklumat mengenai spesifikasi termasuklah memaparkan gambar-gambar menarik model tersebut dalam versi studio.

Menurut AHM, model terbaharu Honda Supra GTR 150 ini merupakan sebuah model ‘sport cub’ yang dinanti-nantikan oleh para peminat dan pengguna yang memerlukan sebuah jentera yang mampu meredah pelbagai keadaan jalan tanpa sebarang masalah. AHM menggelarkan Honda Supra GTR 150 sebagai sebuah model berkonsepkan ‘Grand Touring’ dengan kesempurnaan prestasi ‘motor sport’ ketika melakukan penjelajahan dengan aman, di samping mengekalkan ciri-ciri praktikal sebuah motosikal dalam segmen cub.

Untuk anda mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai siaran akhbar rasmi yang disiarkan oleh AHM mengenai pelancaran Honda Supra GTR 150 serba baharu, di bawah berikut ialah sebahagian daripada petikan siaran akhbar tersebut, teruskan bacaan anda.

  • Model flagship sport cub ini didesain dengan posisi berkendara yang menghadirkan kenyamanan optimal, mudah dikendalikan dan stabil dikendarai selama berpetualang dan berkendara jarak jauh.  Hal ini didapatkan dari posisi berkendara yang tegak (upright riding position) dan twin tube frame yang kuat (rigid).  Kenyamanan berkendara ini juga didukung oleh rem cakram depan dan belakang, serta ban tubeless depan dan belakang berukuran besar yang memberikan rasa percaya diri saat menjelajah hingga ke pelosok negeri.
  • Dari sisi performa, model terbaru Honda ini berbekal power yang berlimpah dengan akselerasi responsif di setiap perpindahan gigi transmisi hingga 11,6 kW (15,9 PS) / 9.000 rpm dan mencapai kecepatan maksimum hingga 122 kpj.  Dengan performa tinggi yang dihasilkan, All New Honda Supra GTR 150 tetap hemat dalam pemakaian bahan bakar dan mampu menjelajah hingga mencapai 42.20 km / liter dengan metode pengetesan EURO 3 yang dilakukan perusahaan berdasarkan metode ECE R40. (EURO 2 : 47,41 km/l).
  • All New Honda Supra GTR 150 hadir dengan 2 pilihan yakni warna sporty dan exclusive monotone.  Warna sporty hadir dengan 2 pilihan warna Spartan Red dan Cruiser White yang dipasarkan dengan harga OTR DKI Jakarta Rp 21.300.000,-.  Sementara itu, warna Exclusive Monotone tampil ekslusif dengan penyematan emblem 3 dimensi berbentuk sayap Honda dan logo GTR dengan 2 pilihan warna Exclusive Grande Blue dan Exclusive Gun Black yang dipasarkan dengan harga OTR DKI Jakarta Rp 21.500.000,-. Model ini ditargetkan terjual sebanyak 8.000 unit per bulan.
  • Untuk memberikan perlindungan saat berkendara maupun turing menjelajah, AHM juga menyediakan Honda Genuine Accessories (HGA) berupa Hand Grip Rest, Center Carrier, Meter Visor, Front Protector, Rear Carrier, Muffler Protector, Hand Guard, Engine Protector, Radiator Protector, Front Fork Protector dan Wheel Sticker yang dipasarkan dengan HET (Harga Eceran Tertinggi) dimulai Rp 56.000,- hingga Rp 375.000,-. Tersedia juga paket HGA yakni Protection Package dengan HET Rp 525.000,- yang terdiri dari Front Protector, Engine Protector, Radiator Protector dan Muffler Protector.

Untuk para peminat Honda Supra GTR 150 yang menginginkan penampilan model tersebut dalam versi Repsol Edition yang pastinya lebih istimewa dan sporty, dikhabarkan bahawa AHM tidak akan mengeluarkan model edisi tersebut setakat ini. Bagaimanapun mungkin ianya masih di dalam perancangan asal AHM, cuma masanya belum tiba.