Yamaha YZF-R1S 2016 diperkenalkan untuk semua

0
93

2016 Yamaha YZF-R1S (003)

Model terbaharu Yamaha YZF-R1S 2016 mula berada di pasaran USA sejak bulan Februari 2016 yang lalu, pada harga jualan yang lebih rendah dan berpatutan berbanding model Yamaha YZF-R1 2016. Salah satu sebab kenapa Yamaha YZF-R1S 2016 diperkenalkan ialah untuk memberi peluang yang lebih luas kepada para peminat untuk memilikinya.

Menurut Yamaha, hanya beberapa perubahan dari segi komponen dilakukan terhadap model YZF-R1S berbanding YZF-R1, dan secara keseluruhannya ianya tidak menjejaskan prestasi asal YZF-R1. Ianya masih dikuasakan enjin bersesaran 998cc (liquid-cooled inline 4 cylinder DOHC; 16 valves) yang menghamburkan kuasa maksimum berprestasi tinggi, dengan padanan sistem transmisi 6-kelajuan (6-speed w/multiplate slipper clutch).

Untuk pasaran USA, Yamaha YZF-R1S 2016 ditawarkan dalam pilihan dua warna yang menarik iaitu kelabu dan putih/merah, pada harga jualan rasmi seperti berikut:

  • $14,990 – Matte Gray
  • $14,990 – Intensity White/Raven/Rapid Red

Sebagai perbandingan, harga asal Yamaha YZF-R1 2016 pula ialah seperti berikut:

  • $16,990 – 60th Anniversary Yellow
  • $16,490 – Matte Gray
  • $16,490 – Team Yamaha Blue/Matte Silver

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha YZF-R1S 2016 dalam galeri berikut. Sila klik setiap gambar untuk melihat dalam saiz yang lebih besar dan jelas.