Saksikan BMW G 310 R secara langsung di Malaysia mulai 27 Mei sehingga 12 Jun 2016

0
87

BMW G 310 R

Adakah anda teruja menantikan pelancaran model terbaharu BMW G 310 R di pasaran Malaysia yang akan diadakan dalam tempoh terdekat? Sementara menunggu ianya dilancarkan secara rasmi, BMW Motorrad Malaysia kini sedang mengadakan siri jelajah memperkenalkan model tersebut kepada umum bermula hari ini, 27 Mei 2016.

Jika anda mempunyai kelapangan masa dan tinggal berdekatan, inilah peluang anda untuk merasai pengalaman awal melihat BMW G 310 R secara langsung, di lokasi-lokasi yang ditetapkan seperti berikut, sumber dari BMW Motorrad Malaysia FB:

  • Chear Motorrad, Puchong : 27 Mei – 28 Mei 2016
  • Auto Bavaria, Glenmarie : 29 Mei – 30 Mei 2016
  • Wearnes Autohaus, Tebrau : 01 Jun – 03 Jun 2016
  • Tian Siang Premium Auto, Ipoh : 04 Jun – 05 Jun 2016
  • El Chong Motor, Sg. Jawi : 06 Jun – 09 Jun 2016
  • Auto Bavaria, Penang : 10 Jun – 12 Jun 2016

Untuk melihat gambar-gambar studio BMW G 310 R dalam resolusi tinggi dan jelas, anda boleh layari artikel terdahulu di sini: Galeri gambar-gambar studio BMW G 310 R.