Isuzu Malaysia lancar D-MAX Beast Limited Edition

0
390

Isuzu D-MAX Beast (001)

Isuzu Malaysia baru-baru ini telah melancarkan varian terbaharu trak pikap D-MAX dengan penampilan lebih agresif – Isuzu D-MAX Beast Limited Edition. Model berkenaan didatangkan dalam pilihan dua variasi iaitu Beast 2.5L 4×4 (AT) dan Beast 3.0L 4×4 AT, masing-masing dengan sistem penjana kuasa bertenaga dalam sesaran 2,499cc dan 2,999cc (In-Line 4-Cylinder VGS Turbo Intercooler Diesel DOHC 16V).

Isuzu D-MAX Beast Limited Edition 2.5L menghasilkan kuasa maksimum 136PS dengan tork maksimum 320Nm @ 1,800 – 2,800rpm, manakala Isuzu D-MAX Beast Limited Edition 3.0L menghamburkan kuasa maksimum lebih tinggi 177PS dengan tork maksimum 380Nm @ 1,800 – 2,800rpm. Enjin kedua-dua model berkenaan dipadankan sistem transmisi 5-kelajuan automatik (5-Speed Automatic with Sequential Shift).

Dari segi aspek keselamatan, Isuzu D-MAX Beast Limited Edition dilengkapi beg udara berkembar di bahagian hadapan (Dual – Driver & Front Passenger), ABS dengan EBD, BA (Brake Assist), ESC (Electronic Stability Control) dan TCS (Traction Control System). Dua pilihan warna luaran ditawarkan iaitu ‘Magnum White’ (Putih) dan ‘Titan Silver’ (Perak). Berikut ialah harga jualan rasmi Isuzu D-MAX Beast Limited Edition;

  • Isuzu D-MAX Beast Limited Edition 2.5L : RM119,559.44
  • Isuzu D-MAX Beast Limited Edition 3.0L : RM127,547.56

Senarai kedua-dua harga tersebut adalah harga OTR yang disyorkan termasuk insuran dan GST, dan merupakan harga untuk pendaftaran individu di pasaran Semenanjung Malaysia.