Galeri: Yamaha E115M eksklusif untuk pasaran Sabah & Sarawak

0
802

2016 Yamaha E115M (001)

Yamaha E115M dilancarkan untuk pasaran Malaysia Timur kira-kira lebih setahun yang lalu. Setakat ini model tersebut hanya eksklusif untuk pasaran Sabah dan Sarawak, dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan turut ditawarkan di pasaran Semenanjung Malaysia suatu hari nanti. Dilengkapi enjin 115cc (Air cooled, 4-stroke, SOHC, 2 valve), Yamaha E115M boleh didapati dalam dua pilihan warna menarik iaitu Merah dan Biru.

Untuk anda, di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar studio Yamaha E115M dalam resolusi tinggi dan jelas. Untuk melihat brosur model berkenaan pula, anda boleh layari artikel terdahulu di sini: Brosur Yamaha E115M, hanya untuk pasaran Malaysia Timur.