Galeri: Honda Future FI (Mariana Purple Metallic Colour)

0
486

2016 Honda Future FI (001)

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan Honda Future FI terbaharu yang kini dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI untuk penjimatan yang lebih baik. Model tersebut didatangkan dalam tiga pilihan warna seperti ‘Candy Scintillate Red’ (Merah Candy), ‘Vital Metallic Blue’ (Biru Metalik) dan ‘Mariana Purple Metallic’ (Ungu Metalik).

Untuk anda yang mungkin ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penampilan model Honda Future FI di dalam warna Ungu Metalik, di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar model berkenaan yang kini telah pun ditawarkan di kedai-kedai menjual motosikal. Model tersebut merupakan varian yang dilengkapi brek cakera di bahagian roda depan dan belakang.