Galeri: Yamaha NMAX dilengkapi teknologi enjin Blue Core

0
236

2016 Yamaha NMAX (001)

Kemeriahan pasaran skuter tempatan ketika ini kian bertambah dengan kehadiran Yamaha NMAX, sebuah model skuter generasi baharu yang dilengkapi enjin bersesaran 155cc dengan teknologi canggih Blue Core (powerful 155cc liquid-cooled Blue Core Engine with VVA technology). Menurut Yamaha, NMAX tampil dengan gaya rekaan premium dan teknologi inovatif, berteraskan DNA daripada model skuter ikonik Yamaha T-MAX.

Diedarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), Yamaha NMAX ditawarkan pada harga jualan asas RM8,812.84 (termasuk GST). Yamaha NMAX dikatakan menawarkan sensasi tunggangan harian yang sofistikated, ideal sebagai sistem komuter sporty di dalam bandar, cantik dipandang dan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri standard bertaraf antarabangsa. Yamaha NMAX ditawarkan dalam pilihan warna merah dan kelabu.