Honda Winner 150 jalani sesi penggambaran di Vietnam

0
112

The New Honda Winner 150 (002)

Bukan hanya di Malaysia, malah peminat-peminat motosikal di Vietnam sendiri sudah tidak sabar-sabar menantikan pelancaran rasmi Honda Winner 150 yang bakal berlangsung pada bulan Jun depan. Setakat ini Honda Winner 150 di pasaran Vietnam telah menerima pujian ramai di atas rekaannya yang begitu sporty dan teknologi enjinnya yang moden.

Menjelang pelancaran rasminya tidak lama lagi, Honda Winner 150 telah dikesan sedang menjalani sesi penggambaran di Vietnam pada beberapa hari yang lepas, mungkin untuk penerbitan siaran iklan di televisyen. Beberapa keping gambar model tersebut yang sedang menjalani penggambaran telah dirakamkan dan dimuat naik ke dalam laman Facebook.

Untuk makluman anda, antara berita terkini mengenai Honda Winner 150 ini ialah ianya dijangka akan dilancarkan di pasaran Indonesia pada tarikh 24 Mei depan, dengan nama baru yang disebut-sebut sebelum ini sebagai Honda Supra GTR 150. Untuk pasaran Malaysia, kemungkinan besar pelancarannya juga akan berlangsung dalam bulan Jun.

Sumber dari FB