Honda Accord Hybrid 2017 memiliki sistem penjana kuasa hibrid yang lebih berkuasa dan lebih cekap

0
101

2017 Honda Accord Hybrid

Honda USA baru-baru ini telah memperkenalkan Accord Hybrid 2017 terbaharu yang menampilkan sistem penjana kuasa hibrid generasi kedua yang lebih berkuasa dan lebih cekap penggunaan bahan api. Model tersebut dikatakan telah perhalusi semula rekaannya dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih masa kini. 

Menurut Honda, sistem penjana kuasa pada Accord Hybrid 2017 merupakan gabungan daripada sistem hibrid dua motor dengan enjin 2.0 liter i-VTEC Atkinson Cycle, yang mana ianya berupaya menghasilkan sehingga 212 kuasa kuda, tertinggi berbanding mana-mana sedan hibrid dalam kelas pertengahan dan lebih tinggi sehingga 16 kuasa kuda berbanding Accord Hybrid model tahun 2015.

Sistem penjana kuasa hibrid yang melengkapi Accord Hybrid 2017 akan beroperasi melalui tiga ciri pemanduan yang boleh dipilih, sama ada EV Drive, Hybrid Drive atau pun Engine Drive. Penerangan ketiga-tiga jenis sistem operasi tersebut adalah seperti berikut:

  • EV Drive – using its electric propulsion motor and lithium ion battery pack drives the front wheels for short distances under light loads (with the engine turned off)
  • Hybrid Drive – the electric propulsion motor drives the front wheels while the gasoline engine powers a second motor/generator to supplement electrical current drawn from the battery pack
  • Engine Drive – using a lock-up clutch mechanism to connect the engine and propulsion motor, the front wheels are driven by both the motor and gasoline engine.

Untuk pasaran USA, Honda Accord Hybrid 2017 boleh didapati dalam tiga varian – Hybrid, Hybrid EX-L dan Hybrid Touring, dan kesemua varian didatangkan dengan kelengkapan dan peralatan yang telah dipertingkatkan paras standardnya. Honda yakin sasaran jualan tahunan Accord Hybrid 2017 terbaharu itu akan meningkat sekali ganda berbanding rekod jualan terbaiknya pada tahun 2014.