Mazda CX-4 muncul di Beijing Motor Show 2016

0
65

Mazda CX-4 (010)

Antara model yang ditunggu-tunggu, Mazda CX-4 akhirnya telah muncul secara rasmi di pameran automotif Beijing Motor Show 2016 (Auto China 2016) yang berlangsung dari 25 April sehingga 4 Mei 2016. Model ‘crossover SUV’ paling terkini keluaran Mazda itu menggunakan teknologi canggih SKYACTIV dan falsafah rekaan KODO – Soul of Motion, dan bakal memulakannya jualannya di pasaran China pada bulan Jun 2016.

Untuk membayangkan Mazda CX-4 ini berada di posisi mana di dalam barisan model SUV sedia ada keluaran Mazda, ianya boleh dikatakan berada di tengah-tengah di antara model CX-5 di atas dan CX-3 di bawahnya. Gaya rekaan dan penampilan luaran dan dalaman Mazda CX-4 ternyata cukup menarik, elegan dan sporty, namun apa yang mendukacitakan ialah model tersebut buat masa ini hanya eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Menurut Mazda, CX-4 merupakan model generasi terbaru keempatnya di pasaran China. Permintaan untuk SUV di sana ketika ini sangat tinggi dan Mazda menjangkakan CX-4 akan memainkan peranan yang besar dalam usaha syarikat itu meningkatkan kehadiran jenamanya di pasaran tersebut. Di bawah berikut ialah spesifikasi utama Mazda CX-4.

Mazda CX-4 Key Specifications

Overall lengthmm4,633
Overall widthmm1,840
Overall heightmm1,5351,5301,535
Wheelbasemm2,700
Ground clearancemm197196194*3
Drive systemFWDi-ACTIV-AWD
EngineSKYACTIV-G 2.0
(2.0-liter gasoline)
SKYACTIV-G 2.5
(2.5-liter gasoline)
TransmissionSKYACTIV-MT
(6-speed manual)
SKYACTIV-DRIVE
(6-speed automatic)
Fuel consumption
(combined)*4
liters/
100km
6.46.37.2*5
Suspension type (front/rear)MacPherson strut/multi-link
SteeringRack and pinion
Brake type
(front/rear)
Ventilated discs/solid discs
Tires225/65R17225/55R19
Equipmenti-ACTIVSENSE advanced safety technologies, MZD Connect*6 car connectivity system, auto-hold function, etc.
  • *3 Applies to models with i-ELOOP. Ground clearance for models without i-ELOOP is 191 mm.
  • *4 Fuel consumption figures are measured under fixed test conditions. Customer’s fuel consumption will vary depending on a variety of factors, including traffic and weather conditions, driving style (sudden acceleration, etc.) and use of the HVAC system.
  • *5 Applies to models with i-ELOOP. Fuel consumption for models without i-ELOOP is 7.3 liters/100 km.
  • *6 The system is called Mazda Connect in Japan, USA, Canada and Mexico. China and other markets use the name MZD Connect.