Volkswagen Golf GTI Clubsport S – model Golf GTI paling berprestasi diperkenalkan dengan kuasa 310PS dan tork 380Nm

0
69

Volkswagen Golf GTI Clubsport S (005)

Volkswagen memperkenalkan model terbaru Volkswagen Golf GTI Clubsport S. Menurut pengeluarnya, Golf GTI Clubsport S merupakan model Golf GTI paling berkuasa pernah dikeluarkan, dan ianya dibangunkan untuk meraikan ulangtahun yang ke-40 model hatchback ikonik berkenaan. Model pertama Golf GTI diperkenalkan dalam tahun 1976 dengan kuasa 110PS (kelajuan puncak 112 mph).

Dengan kuasa berprestasi sehingga 310PS dengan tork maksimum 380Nm yang berpunca dari enjin 2.0 liter TSI, enjin yang sama untuk versi Golf GTI yang lain termasuklah Golf R, Golf GTI Clubsport S telah mencipta rekod baru di litar Nürburgring untuk model produksi yang dilengkapi sistem pacuan roda depan. Model hatchback sporty itu mencatatkan rekod mengagumkan dalam tempoh 7 minit dan 49.21 saat.

Volkswagen Golf GTI Clubsport S merupakan model edisi terhad, hanya 400 unit dikeluarkan dengan 100 unit daripadanya khusus untuk pelanggan di Jerman. Hanya tiga pilihan warna asli GTI ditawarkan seperti ‘Tornado Red’, ‘Pure Red’ dan ‘Deep Black Pearl Effect’, dengan bumbung dicat hitam. Hanya versi dua pintu dengan transmisi manual sahaja ditawarkan untuk Golf GTI Clubsport S ini.