Kemunculan pertama Subaru Impreza 2017 versi terbaharu

0
124

The all-new 2017 Subaru Impreza (Sedan) 019

Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) pada Mac 2016 yang lepas secara rasminya memperkenalkan Subaru Impreza model tahun 2017. Generasi kelima Impreza itu membuat kemunculan pertama di pameran automotif New York International Auto Show 2016, dibangun menggunakan Platform Global Subaru terbaru bersama-sama falsafah rekaan terbaru Subaru ‘DYNAMIC x SOLID’.

Subaru Impreza 2017 diperkenalkan dalam dua bentuk badan iaitu hatchback lima pintu dan sedan, dilengkapi teknologi teras Subaru seperti enjin Boxer 2.0 liter ‘direct injection’ yang dibangunkan semula, sistem pacuan AWD (Symmetrical All-Wheel Drive), dan sistem bantuan pemandu ‘Eyesight’ yang canggih untuk tahap pemanduan keseluruhan yang mengagumkan.

Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) merancang untuk memindahkan pengeluaran Impreza versi untuk pasaran Amerika Utara dari Jepun ke United State (USA), dengan pengeluaran pertama model itu akan bermula pada lewat tahun ini. Untuk para peminat kelajuan, mungkin tidak sabar-sabar menantikan ketibaan Subaru Impreza 2017 dalam varian berprestasi tinggi WRX dan WRX STI.