Yamaha Ego S 2016 dilengkapi sistem ‘Fuel Injection’

0
6697

2016 Yamaha Ego S (001)

Untuk peminat skuter bersaiz kecil, terdapat banyak pilihan yang ditawarkan ketika ini. Salah satu daripadanya ialah Yamaha Ego S 2016 yang dilengkapi sistem suntikan bahan api YMJET-FI (Fuel Injection System for Automatic Models). Model skuter comel tersebut ditawarkan dalam pilihan tiga warna menarik seperti Kuning, Merah dan Hitam bersama-sama rekaan grafik sporty.

Yamaha Ego S 2016 dilengkapi enjin bersesaran 113cc dengan silinder tunggal, menghasilkan kuasa yang memuaskan pada angka 5.98kW @ 8,000rpm dengan tork puncak 7.53Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut digandingkan dengan sistem transmisi V-belt automatik untuk pecutan yang lancar. Berat keringnya ialah 90 kg, dengan kapasiti tangki minyaknya mencapai 5 liter.