Gambar intipan Proton Perdana 2016 berwarna putih

0
118

Proton Perdana 2016 White Colour (001)

Proton Perdana 2016 serba baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat, dan tempahan untuk model premium tersebut juga telah pun dibuka. Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah reka bentuk sebenar Proton Perdana 2016 yang dibangunkan daripada model Honda Accord generasi ke-8 itu, di sini saya paparkan dua keping gambar model tersebut.

Kedua-dua keping gambar intipan Proton Perdana 2016 serba baharu berwarna putih ini sebenarnya telah tersebar di dalam laman Facebook, namun tidak dapat dipastikan siapakah pemilik sebenar gambar ini dan di manakah lokasi gambar ini dirakamkan. Apa yang pasti penampilan luaran Perdana 2016 ini kelihatannya sangat menarik dan mantap sekali.

Proton Perdana 2016 White Colour (002)

Setelah melihat gambaran sebenar Proton Perdana 2016 serba baharu ini, harapan untuk melihat model ini berjaya di pasaran semakin cerah. Menurut khabar, dari segi teknikalnya Perdana 2016 ini masih mengekalkan spesifikasi sama seperti model Honda Accord, termasuklah di bahagian enjin dan transmisi. Apa pun kita tunggu pelancaran model ini tidak lama lagi.