Galeri gambar-gambar studio menarik BMW G 310 R, dan berapakah kelajuan maksimumnya?

0
159

BMW Motorrad G 310 R (008)

Antara model motosikal ‘naked’ berjenama premium yang dinanti-nantikan pelancarannya tahun ini, BMW G 310 R boleh dikatakan tampil dengan rekaan yang sederhana, namun tetap kelihatan bergaya dan sporty. Setakat ini maklumbalas yang diterima dari peminat sejak ianya diumumkan pada penghujung tahun lepas sangat positif, sama ada di negara kita mahu pun di luar negara.

Selain itu, ianya juga disebut-sebut bakal dijual pada harga berpatutan, memandangkan model ini dipasang oleh TVS Motor Company dari India untuk mengurangkan kos pengeluaran. Mengenai prestasinya, BMW G 310 R dikuasakan enjin berkapasiti 313cc (water-cooled, single-cylinder engine) yang dipadankan kotak gear 6-kelajuan, dengan kuasa 34PS dan tork maksimum 28Nm.

Untuk anda yang tertanya-tanya mengenai kelajuannya, maklumat yang disiarkan di dalam laman sesawang BMW Motorrad mengatakan model ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 145 km/j. Rasanya kelajuan tersebut sudah memadai dan bersesuaian dengan saiz enjinnya. Untuk anda, saksikan gambar-gambar studio menarik BMW G 310 R dalam galeri di bawah.