Japfest 2016 iktiraf dua lagi model Jepun bertaraf ikonik

0
86

Japfest celebrates two more iconic models (001)

Acara perhimpunan kereta buatan Jepun terbesar di Eropah, Japfest 2016 yang berlangsung di Litar Silverstone, UK pada 24 April baru-baru ini telah mengiktiraf dua lagi model Jepun yang bertaraf ikonik – Mitsubishi Evolution dan Mazda RX-7 FD. Sebelum ini, Nissan Skyline telah dinobatkan sebagai kereta buatan Jepun paling ikonik (Most Iconic Japanese Car Ever). 

Japfest celebrates two more iconic models (002)

Japfest 2016 telah memperlihatkan kehadiran pelbagai model Mitsubishi Evo bermula dari generasi pertama Evo I sehinggalah ke generasi terkini Evo X, manakala siri ‘FD’ Mazda RX-7 turut mengambil tempat dengan mempamerkan pelbagai model standard dan ubahsuai. Dilancarkan pada tahun 1991, RX-7 FD kini meraikan sambutan jubli perak pada tahun ini.