Demak Skyline GT kini di pasaran dengan enjin 250cc

0
2116

Demak Skyline GT

Jenama pengeluar motosikal Demak baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaru Demak Skyline GT untuk pasaran tempatan. Berbanding model terdahulu Demak Skyline 200 yang memiliki enjin bersesaran 200cc, Demak Skyline GT didatangkan dengan kapasiti enjin yang lebih besar 250cc (4-Stroke, Single Cylinder, Oil Cooled), serta dipadankan kotak gear enam kelajuan.

Ciri-ciri lain yang melengkapi model ‘naked’ tersebut termasuklah sistem penghidup jenis eletrik, sistem suspensi depan jenis ‘Telescopic’ dan suspensi belakang jenis ‘Monoshock’, sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, rim aloi sporty, tayar depan bersaiz 110/70-17 dan tayar belakang bersaiz 130/70-17, berat kering 145 kg, dan kapasiti tangki petrol seluas 13 liter.

Paling menarik dan menjadikan motosikal ini lebih bergaya ialah apabila ianya didatangkan secara standard dengan sistem ekzos sporty (Stainless Steel Muffler) yang dijangka menghasilkan bunyi yang lebih padu. Berdasarkan tinjauan di dalam laman beli-belah popular Mudah.my, harga asas yang ditawarkan untuk Demak Skyline GT dengan enjin 250cc ini sebanyak RM9,388.00.