Perodua mula mengeskport Myvi dan Alza ke Brunei

0
181

Perodua di pasaran Brunei

Bermula pada awal April 2016, Perodua telah mula mengeksport sebanyak 310 unit model Myvi 1.5SE dan Alza ke pasaran Brunei. Menurut Perodua, ianya merupakan salah satu langkah penting untuk syarikat tersebut yang kini sedang berusaha untuk menjadi pemain utama di pasaran automotif di dalam rantau ASEAN dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Brunei mempunyai populasi keseluruhan 417,784 penduduk berdasarkan data dari Bank Dunia dengan jumlah pengeluaran industri (industry volume) sebanyak 14,243 buah kenderaan pada tahun 2015. Perodua mula mengeksport kenderaan keluarannya ke pasaran Brunei dalam tahun 1996 melalui model Kancil, dengan jumlah eksport keseluruhan 2,300 unit setakat berakhir 2015.

Menurut Perodua lagi, syarikat tersebut percaya terdapatnya permintaan untuk model-model kompak keluarannya di pasaran negara tersebut. Perodua setakat ini mengeksport kenderaannya ke 5 buah negara iaitu Singapura, Mauritius, Brunei, Sri Lanka dan Fiji. Untuk pasaran Indonesia, Perodua mengeksport Myvi di atas nama Daihatsu Sirion (diedarkan oleh Daihatsu).