Perodua lancar Myvi 1.5 versi facelift terbaru Sabtu ini

0
190

New Perodua Myvi 1.5 facelift 2016

Perodua Myvi 1.5 (SE dan Extreme) dilancarkan dengan rasminya pada bulan September 2011, merupakan salah sebuah model terlaris keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua). Pada pertengahan Januari 2015, Perodua telah memperkenalkan versi facelift terbaru untuk model berkenaan, ditawarkan dalam dua varian iaitu SE (Special Edition) dan Advance Edition (menggantikan varian Extreme, tersedia dalam pilihan transmisi automatik sahaja).

Mungkin ramai di antara kita yang menyangka bahawa itu adalah model facelift terakhir untuk Perodua Myvi 1.5 sebelum generasi serba baharunya dilancarkan pada tahun depan. Namun sangkaan tersebut nyata tersasar, apabila laman Instagram Naza World telah mendedahkan bahawa Perodua akan melancarkan versi facelift terbaru untuk Myvi 1.5 pada hari Sabtu akan datang. Ini bermakna ianya adalah model facelift terbaru Perodua Myvi 1.5 bagi tahun 2016 ini.

Setakat ini masih belum diketahui bagaimanakah reka bentuk terkini Perodua Myvi 1.5 versi facelift 2016 terbaru, namun ianya dijangka akan tampil dengan rekaan yang lebih bergaya dan sporty. Diharapkan selain daripada perubahan kosmetik semata-mata, Perodua Myvi 1.5 versi facelift 2016 ini juga akan menerima peningkatan dari segi teknikal yang melibatkan ciri-ciri keselamatan dan peningkatan prestasi enjin. Kita tunggu kemunculannya pada 7 Mei 2016 nanti.