Honda Supra GTR150 untuk pasaran Indonesia

0
87

Honda Supra GTR150 Indonesia

Sejak Honda memperkenalkan Winner 150 untuk pasaran Vietnam, memang tidak syak lagi bahawa jenama tersebut serius untuk mencabar Yamaha yang terlebih dahulu menguasai pasaran dengan model Yamaha Exciter 150 (Yamaha Y15ZR). Honda Winner 150 dijangka akan dilancarkan di beberapa buah pasaran ASEAN yang lain, termasuklah pasaran Indonesia yang sebelum ini disebut-sebut bakal menerima model yang sama dengan nama Honda Supra X 150R.

Namun berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, Honda Winner 150 untuk pasaran Indonesia mungkin akan diberi nama lain yang tidak kurang menariknya – Honda Supra GTR150. Memang benar, itulah nama yang bocor melalui sekeping gambar yang beredar di dalam internet ketika ini, seakan-akan ianya mengambil semangat daripada kereta sport terkenal Nissan GT-R. Pelancaran Honda Supra GTR150 di pasaran Indonesia dijangka diadakan pada bulan Mei 2016.

Untuk pasaran Malaysia, Honda Winner 150 dijangka akan turut dilancarkan, namun nama sebenarnya setakat ini masih belum diketahui. Nama apa sekalipun yang akan diberikan oleh Boon Siew Honda untuk model tersebut, ianya bukanlah suatu isu yang besar kepada peminat Honda di pasaran tempatan. Isu sebenar ialah jika Honda Winner 150 versi untuk pasaran Malaysia didatangkan dengan  rekaan lampu belakang yang mempunyai lampu signal terpisah.

Sumber gambar : MotoMalaya.net