Hyundai menawarkan penjimatan sehingga RM14,000 untuk pembelian kereta baharu

0
377

Promosi Hyundai Elantra

Sekarang mungkin masa yang paling sesuai untuk anda membeli kereta baharu berjenama Hyundai. Ini kerana Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. sedang menawarkan penjimatan sehingga RM14,000, dalam promosi yang berlangsung sehingga 31 Jun 2016. Antara tawaran yang paling menarik ialah untuk model Hyundai Elantra yang kini boleh dimiliki pada harga bermula dari RM79,348, berbanding harga asal sebanyak RM91,848.

Selain daripada model Elantra, Hyundai turut menawarkan penjimatan untuk model-model lain seperti senarai berikut :

  • Hyundai Veloster – penjimatan sehingga RM12,000
  • Hyundai Sonata – penjimatan sehingga RM12,000
  • Hyundai Santa Fe – penjimatan sehingga RM7,000
  • Hyundai i10 – penjimatan sehingga RM4,500

Promosi Hyundai April 2016

Selain daripada itu untuk ketenangan yang berpanjangan, semua kenderaan Hyundai di pasaran Malaysia menawarkan tempoh jaminan selama 5 tahun atau 300,000km jarak perbatuan, manakala model Sonata didatangkan eksklusif dengan jaminan tambahan selama tempoh 8 tahun atau 300,000km jarak perbatuan untuk enjin dan kotak gear.

Menurut Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd., semua tawaran bergantung kepada terma dan syarat-syarat. Promosi ditawarkan melalui semua rangkaian waki penjual Hyundai yang sah di seluruh negara. Para pelanggan dan bakal pembeli boleh kunjungi bilik pameran Hyundai yang berdekatan untuk maklumat selanjutnya yang lebih lengkap.