Demak DVS 110 kini di pasaran Malaysia

0
6412

2016 Demak DVS 110 (002)

Pada awal tahun ini, Demak telah melancarkan sebuah model kapchai terbaharu yang dikenali dengan nama Demak DVS 110. Jika anda mempunyai pandangan mata Sang Helang, sudah pasti anda mengetahui bahawa Demak DVS 110 merupakan sebuah lagi model ‘copycat’ dengan mangsa terbaharunya ialah Yamaha Lagenda 115Z, iaitu model Lagenda generasi keempat yang dikeluarkan dari tahun 2010 sehingga tahun 2013 (sumber dari Wikipedia).

Demak DVS 110 memiliki enjin bersesaran 110cc (4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled), yang kemudiannya dipadankan kotak gear 4-kelajuan. Ciri-ciri lain yang melengkapi model itu ialah sistem penghidup eletrik dan tendang, brek cakera di bahagian roda depan, rim aloi, tangki minyak seluas 4.5 liter, serta ruang simpanan barang-barang di bawah kusyen yang praktikal. Harga yang ditawarkan pula dalam anggaran sekitar RM4,000.00++ (sumber dari Mudah.my).

Demak DVS 110 tersedia dalam pilihan empat warna yang menarik iaitu putih, emas, biru dan hitam. Mengenai reka bentuk kebanyakan model-model motosikal keluaran Demak yang mirip model-model keluaran jenama terkenal seperti Honda dan Yamaha, ianya seringkali menimbulkan persoalan kenapa perkara tersebut berlaku. Apa pun, Demak kini menawarkan pelbagai jenis model motosikal yang menarik pada harga jualan yang sangat berpatutan.