
Mazda MX-5 RF (“retractable fastback”) merupakan versi terbaharu model kereta sport legenda Mazda MX-5, diperkenalkan buat pertama kali kepada umum di New York International Auto Show 2016 (25 Mac – 3 April 2016). Bumbung jenis ‘retractable hardtop’ pada model berkenaan dikatakan boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menggunakan sentuhan pada butang, walaupun sewaktu kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 10 km/j.
Menurut Mazda, MX-5 RF menawarkan keluasan ruang but yang sama seperti pada model ‘soft-top’, di samping ianya akan turut didapati di pasaran Eropah dengan pilihan dua jenis enjin petrol iaitu SKYACTIV-G 1.5 dan SKYACTIV-G 2.0. Kedua-dua versi enjin tersebut akan dipadankan sama ada dengan kotak gear SKYACTIV-MT enam kelajuan, atau sistem transmisi yang dibangunkan eksklusif untuk MX-5 RF – kotak gear automatik enam kelajuan.