
Hari ini bertempat di Beijing Auto Show 2016, Toyota telah mempamerkan model Vios 2016 versi ‘facelift’ terbaharu, yang kini hadir dengan penampilan luaran yang lebih agresif. Berdasarkan beberapa keping gambar yang dapat kita lihat di sini, Toyota Vios 2016 terbaharu hadir dengan rekaan bahagian depan yang lebih menarik, termasuk kehadiran lampu LED nyala siang.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada Vios 2016 versi ‘facelift’ terbaharu ini hanya khusus untuk pasaran negara China sahaja, atau juga untuk pasaran ASEAN termasuk Malaysia. Setakat ini menurut laporan terdahulu, Toyota Vios di pasaran Malaysia akan menerima perubahan dari segi enjin yang lebih moden tidak lama lagi, termasuk kehadiran sistem transmisi CVT.
Sumber : KeyAuto.my