Galeri : Yamaha YZF-R25 model tahun 2016

0
517

Yamaha YZF-R25 2016 (010)

Selain daripada model Yamaha YZF-R3 ABS 2016 dan Yamaha YZF-R25 ABS 2016, turut diperkenalkan pada 12 Januari 2016 yang lepas ialah Yamaha YZF-R25 2016. Ketiga-tiga model tersebut adalah untuk pasaran Jepun, yang kini telah pun memulakan jualannya secara rasmi mulai 1 Februari 2016.

Mempunyai skim warna dan corak grafik terbaharu yang hampir sama sepenuhnya, ketiga-tiga model sporty itu mempunyai perbezaan dari segi enjin dan sistem brek. Bagi model YZF-R3 2016, ianya dilengkapi enjin 321cc, manakala YZF-R25 ABS dan YZF-R25 dilengkapi enjin bersesaran 249cc.

Di samping itu, YZF-R25 ABS dan YZF-R25 mempunyai perbezaan dari aspek sistem brek, di mana YZF-R25 ABS dilengkapi sistem brek ABS untuk ciri keselamatan yang lebih baik, manakala YZF-R25 adalah model tanpa sistem brek ABS. Oleh kerana tidak mempunyai sistem brek ABS, harga yang ditawarkan juga adalah lebih rendah.

Pasaran Malaysia sebelum ini menyaksikan Yamaha YZF-R25 yang dilancarkan adalah versi tanpa sistem brek ABS. Mungkin selepas ini Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. akan mempertimbangkan kemasukan model dengan sistem brek ABS, agar pelanggan mempunyai pilihan yang lebih luas.