Galeri : Yamaha YZF-R25 ABS model tahun 2016

0
400

Yamaha YZF-R25 ABS 2016 (006)

Berbanding Yamaha YZF-R3 ABS 2016 yang mempunyai enjin 321cc dan tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia, Yamaha YZF-R25 ABS 2016 ini pasti akan menjadi idaman terkini peminat Yamaha di pasaran tempatan. Untuk tahun 2016, model berkenaan didatangkan dengan warna dan grafik terbaharu (Blue / Silver, Matt Grey dan White / Red).

Ini menjadikan penampilan terkini Yamaha YZF-R25 ABS model tahun 2016 ini lebih menawan dan sporty, termasuk mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik dengan sistem brek ABS (sistem brek cegah kunci). Yamaha YZF-R25 ABS 2016 yang dipaparkan dalam galeri di bawah adalah untuk pasaran negara asalnya Jepun bermula 1 Februari 2016.

Di samping itu, pasaran Indonesia boleh dikatakan lebih terkehadapan apabila model Yamaha YZF-R25 ABS 2016 telah diperkenalkan lebih awal pada bulan Disember 2015 yang lepas. Diharapkan versi terkini YZF-R25 dengan sistem brek ABS ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, jadi sama-sama kita tunggu kedatangannya.