Toyota Prius Prime 2017 diperkenalkan di New York 2016

0
94

2017 Toyota Prius Prime (001)

Pada bulan Mac 2016, Toyota secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Toyota Prius Prime 2017 di New York International Auto Show 2016. Model mesra alam yang canggih itu didatangkan dengan teknologi penjana kuasa plug-in hybrid versi terkini yang sangat cekap, menjadikannya sebagai sebuah model terbaik di dalam sejarah kemunculan Prius.

Toyota menganggarkan tahap penggunaan bahan api untuk Prius Prime 2017 adalah dalam lingkungan 120 MPGe (miles per gallon equivalent). Selain itu, reka bentuk luarannya juga boleh dikatakan sangat menarik dan radikal, di samping padanan bahagian interior premium termasuk kehadiran skrin multimedia (Multimedia HD Display) yang besar berkeluasan 11.6 inci.

Toyota Prius Prime 2017 bakal tiba di bilik pameran Toyota pada lewat musim luruh akan datang.