Lotus Evora Sport 410 lebih ringan dan lebih pantas

0
62

Lotus Evora Sport 410 (001)

Baru-baru ini, Lotus telah memperkenalkan model terbaharu Lotus Evora Sport 410 yang kini tampil dengan berat keseluruhan yang lebih ringan dan dengan kelajuan yang lebih pantas. Berat Evora Sport 410 berjaya dikurangkan sehingga 70 kilogram berbanding berat asal pada model Evora 400, melalui penggunaan material ‘carbon fibre’ berprestasi tinggi sebagai komponen standard, dan berkongsi enjin supercas 410hp daripada model trek 3-Eleven. 

Lotus Evora Sport 410 dikuasakan enjin berkapasiti 3.5 liter V6 (24 valve, water cooled, all-aluminium engine, with Edelbrock supercharger), menghasilkan kuasa kuda impresif 410hp @ 7,000rpm dengan tork maksimum 410Nm @ 3,500rpm. Hasilnya, pecutan dari 0 – 100 km/j dilakukan dalam tempoh hanya 4.1 saat bagi versi automatik, dan 4.2 saat untuk versi manual. Kelajuan maksimum yang direkodkan pula ialah 280 km/j (automatik) dan 300 km/j (manual).

Dengan pengurangan berat yang signifikan dan pertambahan jumlah kuasa, ini bermakna Evora Sport 410 mampu melakukan ujian sepusingan di trek Hethel milik Lotus dalam tempoh 1 minit 28 saat (lap with optional Michelin Pilot Sport Cup 2 tyres), kelajuan impresif 3 saat lebih pantas berbanding model Evora 400. Lotus Evora Sport 410 akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 150 unit setahun (per year), dan akan berada di pasaran global utama mulai bulan Jun 2016.