Lamborghini Centenario, edisi terhad hanya 40 unit

0
182

Lamborghini Centenario (001)

Model edisi terhad Lamborghini Centenario telah dipamerkan kepada umum di Geneva Motor Show 2016 yang berlangsung dalam bulan Mac baru-baru ini. Hanya 40 unit dikeluarkan, dengan pecahan 20 unit untuk versi coupe dan 20 unit untuk versi roadster. Kesemua 40 unit model berkenaan telah pun habis dijual, pada harga bermula dari 1.75 juta euro (plus tax).

Mempunyai rekaan inovatif dan futuristik, enjin V12 beraspirasi normal yang menjana model berkenaan menghamburkan kuasa sehingga 770hp, membolehkannya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat. Meluncur dari 0 ke 300 km/j pula dilakukan dalam tempoh 23.5 saat, dengan kelajuan maksimum yang direkodkan melebihi 350 km/j.

Lamborghini Centenario mempunyai berat keseluruhan serendah 1,520 kg, terima kasih kepada penggunaan material ‘carbon fiber’ sepenuhnya dalam pembinaan kerangka monokok dan badan model ‘supercar’ tersebut. Para pelanggan dan pengumpul yang menempah Centenario akan menerimanya mulai musim luruh 2016 akan datang dan di sepanjang tahun 2017.