Acura memperkenalkan jentera perlumbaan NSX GT3

0
160

Acura NSX GT3 Race Car (001)

Acura secara rasminya memperkenalkan jentera perlumbaan NSX GT3 di New York International Auto Show 2016 yang berlangsung dalam bulan Mac yang lepas, pada masa yang sama mengumumkan penyertaan mereka di dalam siri perlumbaan di Amerika Utara mulai tahun 2017.

NSX buat masa ini sedang menjalani ujian ‘homologation’ sebelum disahkan sebagai jentera perlumbaan di dalam kelas FIA GT3 pada musim luruh ini. Acura NSX GT3 akan dikuasakan enjin 3.5 liter (75-degree, twin turbocharged DOHC V-6 engine) yang menggunakan spesifikasi rekaan sama seperti mana enjin yang digunakan pada model produksi Acura NSX 2017.

Enjin tersebut akan dipadankan sistem transmisi ‘sequential-shift racing gearbox’ 6-kelajuan yang mengalirkan kuasa ke bahagian roda belakang. Saksikan galeri jentera berkenaan di bawah.